Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.
Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.
Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.
Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.
Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai.
Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.
Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.
Segulung ijazah adalah lebih bermakna dari surat cinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta adalah kesabaran
Sekiranya anda berusaha memenangi hati pasangan anda, tunjukkan kepada mereka bahawa anda boleh bersabar dan tunggu sehingga mereka bersed...
-
Love is friendship set on fire. ~Jeremy Taylor ~ If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don’t, t...
-
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya...
-
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di ma...
No comments:
Post a Comment